Wednesday, April 13, 2011

Semakin Teruk!!!

sumber gambar dari google

Huhuhuhu...makin teruk plak batuk aku nie!! Sepanjang 2-3 minggu nie aku berulang alik ke klinik jer...Tak amik ubat untuk anak aku, ubat aku sendiri yang aku amik....Nak update blog pun tak sempat...So, sesapa yang ada petua nak hilangkan batuk...boleh la tinggalkan kat ruangan komen...Komen n petua you all mungkin boleh memberi faedah kepada aku n followers blog BiB nie...Untuk karya sulung aku...CERMAI...terpaksa ditunda sehingga aku betul2 bebas dari batuk yang semakin menyesakkan dada aku nie....

5 comments:

beautiful Life_anum said...

Cubala petua dibawah
# Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila telah kembang, minum airnya pada setiap pagi.
# Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya.
# Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Air itu hendaklah diminum dua kali dalam seminggu.
# Campurkan dua sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut tiga kali sehari.
# Ambil dua sudu nasi panas yang baru masak. Masukkan nasi itu ke dalam cawan dan campurkan sedikit air. Embunkan nasi tersebut selama semalaman dan minum airnya pada esok paginya.
# Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau tadi dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh. Selain melegakan batuk, nasi akan berbau harum.
# Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit madu. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk hilang.

Cik Sue said...

Assalam..
Alahai cian kat awokk yea!!! Aper lagi pi lah mc..don't paksa2 yourself to go work...go to rest laaa...heheheh itu ler pentingnyer english education...

EL MARIACHI said...

aku minum ayor asam jawa jer yang diembunkan semalaman...kalau idak baik jugak...kita bakor kita bakor....hhehehee

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

as salam, p klinik lain pulak...

NURUN said...

MKN ANTIBIOTIK