Wednesday, April 6, 2011

Mukadimah.....Cermai

"Tak habis2 la hang nie Zal.Cuba la hang tengok, mana ada dah orang yang nak buat semua tu....Dah ketinggalan zaman hang tau dak??!!"" Budak2 sekarang nie pun dah tak dak yang suka makan asam-asam nie semua...boleh kurang daya ingatan hang tau dak?!"" Hisshhh...degil betul la hang nie..." Begitulah bebelan yang diterima oleh Zal setiap kali meminta pendapat sahabat baiknya. Bukan apa, Zal hanya inginkan kata-kata semangat dari sahabatnya itu. Tapi, sampai sekarang hanya sindiran dan tohmahan yang diterimanya. Sham seringkali meminta dia berfikir habis-habis sebelum membuat sebarang keputusan. Dan, semenjak itu juga Zal sudah noktahkan keputusannya.Ya, dia akan teruskan hasrat membuka gerai makanan ringan berasaskan cermai....sejenis buah asam yang semakin dilupakan. Dari situlah jua bermula episod suka duka kehidupan anak muda itu. Pertemuan dengan Mona, pertelingkahan sahabat, krisis keluarga dan paling utama kejayaannya melopori dunia perniagaan yang akhirnya membawa Zal ke mercu kejayaan.

4 comments:

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

mana nak dpt buah cermai nie kat kl.

EL MARIACHI said...

kat Tesco ada jual bahagian jeruk jeruk tu banyak...

musang berjanggut said...

BiB akan buka ladang cermai tak lama lagi...Hehehehe..

Suzan Ok said...

terliur...... @_@