Sunday, May 22, 2011

Takziah!!!

Tragedi tanah runtuh yang berlaku di Hulu Langat pada Sabtu lepas terus menghantui mangsa dan waris pelajar di Rumah Anak Yatim berkenaan. Peristiwa hitam tersebut akan terus menjadi sejarah yang tidak akan dilupakan sepanjang hidup mereka yang terlibat. Justeru, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya tidak melepas pandang terhadap isu ini. Bantuan dari kita yang prihatin mampu mengubat kedukaan mangsa. Tidak kiralah dari segi apa sekalipun, bantuan harus diberikan. Al-Fatihah buat mangsa yang telah meninggal dunia. Mudah2 an kalian ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman....Amin..


Keadaan tanah runtuh yang berlaku di Rumah Anak Yatim Hulu Langat. (ihsan google)

Salah seorang mangsa yang berjaya dikeluarkan oleh pihak penyelamat. (ihsan google)


Tujuh mangsa tanah runtuh yang meninggal dunia dikebumikan di dalam satu liang lahat di Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding, Hulu Langat. (ihsan google)

Sunday, May 15, 2011

Kenaikan yang diduga!!!!


Seperti yang diduga, harga minyak ron 95 dijangka akan naik tidak lama lagi....So, awal2 lagi kena bersedia untuk isi minyak sebelum berlaku kenaikan...Huhuhuhu...Nak tak nak kena juga menghadapi situasi nie....tak dapat nak elak beb!!! Nasib kita sama la yang pakai ron 97 yang sebelum nie asyik mengalami kenaikan harga...Klu nak boikot, kita nak isi ngan minyak
pe??!!Minyak masak pun mahal....Hahahahaha....

Monday, May 2, 2011

Simpanan Masa Hadapan....

Hahahahaha...Hari ni BiB nak cerita tentang keputusan yang BiB dah buat!!! Berdasarkan graf semasa yang BiB dapat, BiB dah amik keputusan untuk membeli silver daripada dealer Sg. Petani (Public Gold) seberat 250 gram... Sebenarnyer BiB pun kurang arif tentang silver nie... Tapi selepas rundingan dan penerangan yang diberikan, BiB pun minta dealer Sg. Petani lock kan harga silver seberat 250 gram yang pada masa tu berharga RM1548....Huhuhuhu..

BiB nie tak la berduit nak membeli emas yang harganyer sekarang tengah menggila!!So, tengok pada budget BiB yang tak berapa banyak tu, BiB beli la silver dulu...Mana la tau, esok lusa BiB dapat tukarkan silver kat atas menjadi gold kat bawah nie..Hahahahaha...Insya Allah...

Nie la dia gold yang ditawarkan oleh Public Gold...

Pada yang berminat dengan gold @ silver yang ditawarkan oleh Public Gold bolehlah menghubungi dealer Sg. Petani iaitu En. A.Jalil A.Rahim di talian 013-4303160... Penerangan yang jelas akan diberikan oleh beliau tentang produk public gold ini...Tetapi, harus diingat bahawa gold @ silver adalah untuk pelaburan jangkamasa panjang untuk dilihat keuntungan yang lebih jelas...So, tak salah pada siapa yang ada lebihan kewangan membeli barangan berasaskan emas ini..Sampai jumpa lagi..Assalamualaikum...