Monday, April 25, 2011

I'm Back!!!!

Selepas berdiam diri agak lama tanpa ada sebarang penampilan dalam blog, kini BiB kembali dengan imej baru...kuikuikui....Actually no idea nak tulis pe dalam blog...Tambahan lagi dengan keadaan kesihatan yang tak berapa nak mengizinkan...Letih badan dibuatnyer dengan batuk yang tak berhenti2....Tapi sekarang Alhamdulillah, raser dah banyak kurang...
Isu yang BiB nak sentuh haru nie berkenaan dengan sikap orang kita yang semacam tak bleh nak berubah...Aper ke he?!Kita masih dibelenggu sikap iri hati, hasad dengki, tamak dan tak pernah nak bersyukur dengan pemberian Allah swt....Kekadang hal2 remeh boleh diperbesarkan...Susah kita nak menilai sapa yang betul dan sapa yang salah sekarang nie... Jawapannyer, kita tunggu masa perbicaraan terakhir kita di Padang Mahsyar...masa tu baru kita tahu sapa sebenarnyer betul...sapa yang salah...Dan masa tu juga dah tak guna nak menyesal apa yang telah kita lakukan masa di atas bumi Allah ini....

Wednesday, April 13, 2011

Semakin Teruk!!!

sumber gambar dari google

Huhuhuhu...makin teruk plak batuk aku nie!! Sepanjang 2-3 minggu nie aku berulang alik ke klinik jer...Tak amik ubat untuk anak aku, ubat aku sendiri yang aku amik....Nak update blog pun tak sempat...So, sesapa yang ada petua nak hilangkan batuk...boleh la tinggalkan kat ruangan komen...Komen n petua you all mungkin boleh memberi faedah kepada aku n followers blog BiB nie...Untuk karya sulung aku...CERMAI...terpaksa ditunda sehingga aku betul2 bebas dari batuk yang semakin menyesakkan dada aku nie....

Wednesday, April 6, 2011

Mukadimah.....Cermai

"Tak habis2 la hang nie Zal.Cuba la hang tengok, mana ada dah orang yang nak buat semua tu....Dah ketinggalan zaman hang tau dak??!!"" Budak2 sekarang nie pun dah tak dak yang suka makan asam-asam nie semua...boleh kurang daya ingatan hang tau dak?!"" Hisshhh...degil betul la hang nie..." Begitulah bebelan yang diterima oleh Zal setiap kali meminta pendapat sahabat baiknya. Bukan apa, Zal hanya inginkan kata-kata semangat dari sahabatnya itu. Tapi, sampai sekarang hanya sindiran dan tohmahan yang diterimanya. Sham seringkali meminta dia berfikir habis-habis sebelum membuat sebarang keputusan. Dan, semenjak itu juga Zal sudah noktahkan keputusannya.Ya, dia akan teruskan hasrat membuka gerai makanan ringan berasaskan cermai....sejenis buah asam yang semakin dilupakan. Dari situlah jua bermula episod suka duka kehidupan anak muda itu. Pertemuan dengan Mona, pertelingkahan sahabat, krisis keluarga dan paling utama kejayaannya melopori dunia perniagaan yang akhirnya membawa Zal ke mercu kejayaan.

Monday, April 4, 2011

Apa Korang Raser??!!

Aku takde idea nak letak entry kat dalam blog nie...Maybe sebab banyak sangat berfikir... Politik pejabat, politik negara, politik bisness...Fuuuhhhhh...tak pernah habis2!! Tapi mentor aku selalu pesan, tak yah amik pot sangat pasal masalah orang yang boleh mempengaruhi minda kita...Yang penting think positif!! Orait?!
Aku bukan apa, nak minta pendapat korang...Apa kater klu aku tulis novel?!!Tapi, cam ne aku nak brandkan novel aku dari tak diciplak??!!Klu korang de jawapannyer, komen la yer sebab aku raser novel aku nie best giler...Kuikuikui....