Friday, July 13, 2012

Manusia dipengaruhi Id, Ego dan Super Ego??!!

Menurut salah seorang tokoh psikoanalisis Barat iaitu Sigmund Freud, terdapat tiga elemen penting dalam pembentukan personaliti manusia iaitu 'id', 'ego' dan 'super-ego'. Ketiga-tiga elemen ini menjadi aspek penentu dalam pembentukan diri seseorang manusia. 'Id' merupakan kompenan asas dalam jiwa manusia. 'Id' lebih senang diertikan sebagai naluri manusia. Inilah yang mendorong manusia untuk melakukan perkara-perkara asas seperti makan, membuang air, dan bergerak. Oleh itu 'id' dalam kata lain ialah nafsu kepada manusia. Selepas 'id', elemen seterusnya ialah 'ego'. 'Ego' inilah yang akan menjadi panduan kepada keperibadian manusia dalam menentukan kehendak nafsu 'id'. Panduan daripada 'ego' sebenarnya berasaskan kepada pertimbangan akal seseorang manusia itu sendiri.Dengan adanya 'ego', manusia akan mempertimbangkan sesuatu tindakannya terlebih dahulu. Oleh itu, 'ego' bertindak sebagai satu unsur kawalan terhadap 'id'.
Namun begitu, kedua-dua eleman ini masih lemah kerana 'ego' hanya berlandaskan kepada pertimbangan akal semata-mata. Atas sebab ini, 'super-ego' menjadi satu elemen kesinambungan dalam jiwa manusia tersebut. 'Super-ego' sama sahaja seperti 'ego' akan tetapi ia telah dipengaruhi oleh nilai moral dan etika yang tinggi. 'Ego' dan 'super-ego' saling bertaut antara satu sama lain dalam memacu kehendak 'id'. Cuba kita bayangkan situasi ini: Seorang remaja diajak oleh rakannya menyertai satu perlumbaan haram pada sebelah malamnya. Atas kehendak remaja yang tinggi dan ingin sesuatu yang baru, remaja ini terus bersetuju dengan ajakan rakannya itu. Dalam perjalanan pulang, remaja tadi telah bertembung dengan satu kejadian kemalangan yang amat dashyat. Dan, akibat daripada situasi itu, dia dengan serta merta terus membatalkan niat untuk menyertai perlumbaan haram tersebut. Dari situ anda dapat menilai atau tidak peranan 'id', 'ego' dan 'super ego'??!!
Apapun, saya suka untuk terjemahkan 'super ego' sebagai IMAN....Smua yang kita belajar asalnya adalah apa yang terdapat di dalam Al-Quran...

2 comments:

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

agak2 kat sini ada tak yg super ego...

musang berjanggut said...

Insya Allah ada kak BSB...Tapi tenggelam timbul la...huhuhuhu...