Showing posts with label pati delima. Show all posts
Showing posts with label pati delima. Show all posts

Wednesday, July 18, 2012

Amalan Pemakanan Sunnah....



Assalamualaikum...

Suka untuk pemilik blog berkongsi amalan pemakanan Sunnah Rasulullah saw...Sebenarnyer,
sayer dah beberapa bulan amalkan pemakanan sunnah nie dalam keluarga sayer. Sayer minum pati kurma n cuka tamar....isteri n anak2 pulak berkongsi minum pati delima...Lepas sebotol,
sebotol lagi dihabiskan...Alhamdulillah, kesihatan bertambah baik dengan izin Allah berkat amalan kami sekeluarga. Yang di bawah nie la pati yang diamalkan...Insya Allah, kepada yang berminat mendapatkan pati delima nie, boleh la bagitau sayer yek. Harga best punyer.... Hehehehe....





Nak tahu khasiat pati delima nie?!Bacer jer kat bawah nie.....

MENSTABILKAN PARAS KOLESTROL
Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik di samping menurunkan kolestrol yang buruk.

DELIMA MEMPUNYAI TAHAP ANTIOKSIDAN YANG TINGGI
Delima terbukti mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding pesaingnya seperti anggur merah dan teh hijau. Apabila anda memerlukan sumber antioksidan pada kehidupan seharian, anda perlu pastikan ia adalah antioksidan yang paling bagus. Delima merupakan sumber terbaik untuk antioksidan.

MELAWAN PENYAKIT JANTUNG
Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Ini adalah kaedah terbaik melindungi diri daripada penyakit jantung atau serangan jantung. Berdasarkan kajian terbaru, kandungan antioksidan dalam jus delima membantu menurunkan pembentukan lemak pada dinding arteri. Antioksidan membantu membaiki kawasan sel yang rosak. Delima mengandungi ‘flavonoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, iaitu antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.

MERANGSANG TENAGA BATIN
Jus delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada genitals (alat kelamin). Ia juga mencegah ketidaksuburan dan kemandulan. Delima juga dikenali sebagai 'natural viagra', dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi.Nie yang aku sukaaa....hehehehe...

MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN
Delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Delima dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. Tahap antioksidan yang tinggi dalam Delima akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua penyakit. Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan jantung atau penyakit hati.

MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KENCING MANIS
Meminum jus delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima selama 3 bulan dapat merendahkan kebarangkalian atherosclerosis (atau pengerasan pada arteries). Kata Penyelidik. “Dalam jus delima, gula bercantum kepada antioksida yang unik, di mana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis.”

MENGHALANG KEMASUKAN VIRUS HIV-1 DAN MICROBICIDE
Keputusan eksperimen menunjukkan halangan kemasukan HIV-1 ke atas jus delima yang dapat menyerap kanji dalam badan. Virus kompleks yang diikat pada CD4 dan CXCR4/CCR5 dapat menahan serangan virus utama A sehingga G dan juga kumpulan 0.

MENGELAKKAN KANSER KELENJAR PROSTATE
Kajian telah membuktikan bahawa jus delima dapat mengurangkan perkembangan kanser kelenjar prostat. Kebanyakan pesakit berpuas hati dengan keputusan yang diterima di mana penggunaan delima dapat menyembuhkan kanser itu.

DELIMA MELAWAN KANSER PAYUDARA

Penyelidik mendapati bahawa minyak bijian daripada delima dapat memusnahkan sel kanser payudara dan mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada. Kajian lain di Universiti Chicago menemukan jus delima yang ditapai dan minyak bijian delima dapat membantu mengelakkan kanser payudara. Kajian di Wisconsin pula mendapati bahawa jus delima dapat menghalang pembesaran sel kanser kulit.

MERENDAHKAN TEKANAN DARAH
Salah satu masalah kesihatan utama yang dihadapi oleh manusia pada masa kini adalah menghidapi tekanan darah yang tinggi pada usia tua. Kandungan antioksidan pada delima mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.

MENGUATKAN KESIHATAN GIGI
Delima diketahui dapat mengurangkan pembentukan plak pada gigi. Gigi yang sihat dapat diperolehi selain dari menggunakan khidmat doktor yang pakar. Ini adalah kaedah yang dapat mengelakkan pengguna dari kehilangan gigi.

MENCEGAH DARIPADA PENYAKIT ALZHEIMER (Nyanyuk)
Pengkaji daripada Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt mengenalpasti bahawa sesiapa yang meminum jus delima tiga kali atau lebih setiap minggu dapat menurunkan 76 peratus pertumbuhan tanda penyakit Alzheimer’s daripada mereka yang meminum kurang daripada satu sajian setiap minggu.

MENGURANGKAN BATUK DAN ASTHMA

Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tinggi pada buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.

MENGANDUNGI KEPELBAGAIAN VITAMIN

Delima mengandungi ‘potassium’ yang tinggi, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali hamil atau lebih dari 3 kali kehamilan). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.

DELIMA AMAT DISYORKAN DIAMBIL OLEH IBU-IBU HAMIL
~Jika diambil semasa awal kehamilan, ia dapat mengelakkan 'morning sickness'
~menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya).
~menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)
~kulit bayi anda sihat, gebu dan cantik

MELINDUNGI OTAK BAYI
Kajian Pediatrik mendapati meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juga dapat membantu pengguna untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Sebagai tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi ‘potassium’ di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.

Entry akan datang, sayer akan masukkan pasal cuka delima plak...Sebabnyer, wife sayer baru nak mencuba produk nie...Hehehehe....Selamat Mencuba....

p/s: khasiat pati delima di ambil dari blog http://patidelima.blogspot.com/