Monday, July 30, 2012

Rahmat Ramadhan...


Pantas betul masa berlalu....sedar tak sedar dah masuk hari ke-10 umat Islam berpuasa...
Banyak sangat yang belum dapat aku lakukan...Besok, genap la 4 tahun pemergian abang sulung aku mengikut kalendar Islam...Baru semalam rasanyer arwah ayah aku call bagitau yang abang aku meninggal...Al-fatihah buat arwah Zulkiflie A. Rahim...Semoga Roh nyer ditempatkan di dikalangan orang-orang yang beriman...Amiiinn..

Friday, July 20, 2012

Marhaban Ya Ramadhan....


Assalamualaikum wbt....
Sayer ingin mengucapkan Selamat menjalani Ibadah Puasa sempena Ramadhan tahun nie...
Mesti semua ader pengalaman masing2 di bulan yang mulia nie kan?!
BiB pun ader pengalaman tersendiri...dan yang paling tak dapat dilupakan ialah kehilangan insan tersayang pada bulan puasa hampir 4 tahun yang lepas...Sekejap jer masa berlalu...
Takpe lah, kita yang masih hidup kena teruskan hidup...Doa dan Alfatihah jangan lupa dihulurkan buat arwah di sana...
Dan BiB nak ceritakan pengalaman dulu-dulu, dimana BiB suka makan nasi hanya berlaukkan bawang goreng semasa bersahur...tak lalu (selera) nak makan benda-benda lain...Hhehehehe....
Ok la...pe2 pun selamat Berpuasa...BiB mohon maaf kepada semua atas segala kekasaran dan kesalahan yang telah BiB lakukan...

Wednesday, July 18, 2012

Amalan Pemakanan Sunnah....



Assalamualaikum...

Suka untuk pemilik blog berkongsi amalan pemakanan Sunnah Rasulullah saw...Sebenarnyer,
sayer dah beberapa bulan amalkan pemakanan sunnah nie dalam keluarga sayer. Sayer minum pati kurma n cuka tamar....isteri n anak2 pulak berkongsi minum pati delima...Lepas sebotol,
sebotol lagi dihabiskan...Alhamdulillah, kesihatan bertambah baik dengan izin Allah berkat amalan kami sekeluarga. Yang di bawah nie la pati yang diamalkan...Insya Allah, kepada yang berminat mendapatkan pati delima nie, boleh la bagitau sayer yek. Harga best punyer.... Hehehehe....





Nak tahu khasiat pati delima nie?!Bacer jer kat bawah nie.....

MENSTABILKAN PARAS KOLESTROL
Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik di samping menurunkan kolestrol yang buruk.

DELIMA MEMPUNYAI TAHAP ANTIOKSIDAN YANG TINGGI
Delima terbukti mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding pesaingnya seperti anggur merah dan teh hijau. Apabila anda memerlukan sumber antioksidan pada kehidupan seharian, anda perlu pastikan ia adalah antioksidan yang paling bagus. Delima merupakan sumber terbaik untuk antioksidan.

MELAWAN PENYAKIT JANTUNG
Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Ini adalah kaedah terbaik melindungi diri daripada penyakit jantung atau serangan jantung. Berdasarkan kajian terbaru, kandungan antioksidan dalam jus delima membantu menurunkan pembentukan lemak pada dinding arteri. Antioksidan membantu membaiki kawasan sel yang rosak. Delima mengandungi ‘flavonoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, iaitu antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.

MERANGSANG TENAGA BATIN
Jus delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada genitals (alat kelamin). Ia juga mencegah ketidaksuburan dan kemandulan. Delima juga dikenali sebagai 'natural viagra', dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi.Nie yang aku sukaaa....hehehehe...

MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN
Delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Delima dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. Tahap antioksidan yang tinggi dalam Delima akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua penyakit. Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan jantung atau penyakit hati.

MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KENCING MANIS
Meminum jus delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima selama 3 bulan dapat merendahkan kebarangkalian atherosclerosis (atau pengerasan pada arteries). Kata Penyelidik. “Dalam jus delima, gula bercantum kepada antioksida yang unik, di mana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis.”

MENGHALANG KEMASUKAN VIRUS HIV-1 DAN MICROBICIDE
Keputusan eksperimen menunjukkan halangan kemasukan HIV-1 ke atas jus delima yang dapat menyerap kanji dalam badan. Virus kompleks yang diikat pada CD4 dan CXCR4/CCR5 dapat menahan serangan virus utama A sehingga G dan juga kumpulan 0.

MENGELAKKAN KANSER KELENJAR PROSTATE
Kajian telah membuktikan bahawa jus delima dapat mengurangkan perkembangan kanser kelenjar prostat. Kebanyakan pesakit berpuas hati dengan keputusan yang diterima di mana penggunaan delima dapat menyembuhkan kanser itu.

DELIMA MELAWAN KANSER PAYUDARA

Penyelidik mendapati bahawa minyak bijian daripada delima dapat memusnahkan sel kanser payudara dan mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada. Kajian lain di Universiti Chicago menemukan jus delima yang ditapai dan minyak bijian delima dapat membantu mengelakkan kanser payudara. Kajian di Wisconsin pula mendapati bahawa jus delima dapat menghalang pembesaran sel kanser kulit.

MERENDAHKAN TEKANAN DARAH
Salah satu masalah kesihatan utama yang dihadapi oleh manusia pada masa kini adalah menghidapi tekanan darah yang tinggi pada usia tua. Kandungan antioksidan pada delima mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.

MENGUATKAN KESIHATAN GIGI
Delima diketahui dapat mengurangkan pembentukan plak pada gigi. Gigi yang sihat dapat diperolehi selain dari menggunakan khidmat doktor yang pakar. Ini adalah kaedah yang dapat mengelakkan pengguna dari kehilangan gigi.

MENCEGAH DARIPADA PENYAKIT ALZHEIMER (Nyanyuk)
Pengkaji daripada Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt mengenalpasti bahawa sesiapa yang meminum jus delima tiga kali atau lebih setiap minggu dapat menurunkan 76 peratus pertumbuhan tanda penyakit Alzheimer’s daripada mereka yang meminum kurang daripada satu sajian setiap minggu.

MENGURANGKAN BATUK DAN ASTHMA

Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tinggi pada buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.

MENGANDUNGI KEPELBAGAIAN VITAMIN

Delima mengandungi ‘potassium’ yang tinggi, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali hamil atau lebih dari 3 kali kehamilan). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.

DELIMA AMAT DISYORKAN DIAMBIL OLEH IBU-IBU HAMIL
~Jika diambil semasa awal kehamilan, ia dapat mengelakkan 'morning sickness'
~menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya).
~menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)
~kulit bayi anda sihat, gebu dan cantik

MELINDUNGI OTAK BAYI
Kajian Pediatrik mendapati meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juga dapat membantu pengguna untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Sebagai tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi ‘potassium’ di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.

Entry akan datang, sayer akan masukkan pasal cuka delima plak...Sebabnyer, wife sayer baru nak mencuba produk nie...Hehehehe....Selamat Mencuba....

p/s: khasiat pati delima di ambil dari blog http://patidelima.blogspot.com/

Friday, July 13, 2012

Manusia dipengaruhi Id, Ego dan Super Ego??!!

Menurut salah seorang tokoh psikoanalisis Barat iaitu Sigmund Freud, terdapat tiga elemen penting dalam pembentukan personaliti manusia iaitu 'id', 'ego' dan 'super-ego'. Ketiga-tiga elemen ini menjadi aspek penentu dalam pembentukan diri seseorang manusia. 'Id' merupakan kompenan asas dalam jiwa manusia. 'Id' lebih senang diertikan sebagai naluri manusia. Inilah yang mendorong manusia untuk melakukan perkara-perkara asas seperti makan, membuang air, dan bergerak. Oleh itu 'id' dalam kata lain ialah nafsu kepada manusia. Selepas 'id', elemen seterusnya ialah 'ego'. 'Ego' inilah yang akan menjadi panduan kepada keperibadian manusia dalam menentukan kehendak nafsu 'id'. Panduan daripada 'ego' sebenarnya berasaskan kepada pertimbangan akal seseorang manusia itu sendiri.Dengan adanya 'ego', manusia akan mempertimbangkan sesuatu tindakannya terlebih dahulu. Oleh itu, 'ego' bertindak sebagai satu unsur kawalan terhadap 'id'.
Namun begitu, kedua-dua eleman ini masih lemah kerana 'ego' hanya berlandaskan kepada pertimbangan akal semata-mata. Atas sebab ini, 'super-ego' menjadi satu elemen kesinambungan dalam jiwa manusia tersebut. 'Super-ego' sama sahaja seperti 'ego' akan tetapi ia telah dipengaruhi oleh nilai moral dan etika yang tinggi. 'Ego' dan 'super-ego' saling bertaut antara satu sama lain dalam memacu kehendak 'id'. Cuba kita bayangkan situasi ini: Seorang remaja diajak oleh rakannya menyertai satu perlumbaan haram pada sebelah malamnya. Atas kehendak remaja yang tinggi dan ingin sesuatu yang baru, remaja ini terus bersetuju dengan ajakan rakannya itu. Dalam perjalanan pulang, remaja tadi telah bertembung dengan satu kejadian kemalangan yang amat dashyat. Dan, akibat daripada situasi itu, dia dengan serta merta terus membatalkan niat untuk menyertai perlumbaan haram tersebut. Dari situ anda dapat menilai atau tidak peranan 'id', 'ego' dan 'super ego'??!!
Apapun, saya suka untuk terjemahkan 'super ego' sebagai IMAN....Smua yang kita belajar asalnya adalah apa yang terdapat di dalam Al-Quran...

Tuesday, July 10, 2012

Anak2 Amanah Allah...


Abang....
Andai kata suatu hari nanti ayah telah tiada...
Abanglah pewaris ayah....
Untuk menjaga umi dan adik...
Abang kena kuat dan tabah menempuh apa jua dugaan...
Ayah tahu..
Abang anak yang bijak...
Anak yang soleh..
Yang akan mendoakan ayah dan umi...
Memang terkadang abang melampau!!!
Tapi itu lumrah abang...
Selagi abang belum masuk usia remaja...
Selagi abang belum baligh...
Ayah anggap itu semua 'nakal kanak-kanak'...
Kalau ayah terkasar dengan abang...
Ayah mohon maaf...
Dan selalu ayah ingatkan pada diri ayah....
Bahawa ayah berdosa mengkasari abang ketika ini...
Abang....
Ayah bangga bila abang mendahului kawan-kawan abang,
dalam akademik...dalam sukan...
Dan doa ayah...
Abang akan teruskan kecemerlangan itu...
Sampai bila-bila...
Abangkan akan menjadi idola kepada adik...
ikutan adik...
Adik...
Semakin hari adik makin banyak ragam kan?!
Walaupun adik tak petah berbicara..macam abang...
Tapi adik sedikit berbeza...
Ayah nampak sikap adik unik...
Cepat tangkap sesuatu yang dibicarakan...
Jelingan adik sentiasa menjadi dambaan ayah dan umi...
Ayah nak adik juga menjadi seperti abang...
Ayah tahu adik punya kelebihan sendiri..
Yang belum mampu ayah tafsirkan...
Tapi, Insya Allah...
Adik akan mengetahuinya nanti...
Doa ayah buat kalian berdua...
Jadilah anak yang soleh...
Yang akan menjadi imam di zaman mu..
Menjadi khalifah hebat...
Yang kelak akan mendoakan ayah dan ummi...
Sesungguhnya kalian adalah AMANAH...
yang ALLAH kurniakan buat ayah dan umi...


Ikhlas...Ayahmu (10/7/2012)


Sunday, May 22, 2011

Takziah!!!

Tragedi tanah runtuh yang berlaku di Hulu Langat pada Sabtu lepas terus menghantui mangsa dan waris pelajar di Rumah Anak Yatim berkenaan. Peristiwa hitam tersebut akan terus menjadi sejarah yang tidak akan dilupakan sepanjang hidup mereka yang terlibat. Justeru, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya tidak melepas pandang terhadap isu ini. Bantuan dari kita yang prihatin mampu mengubat kedukaan mangsa. Tidak kiralah dari segi apa sekalipun, bantuan harus diberikan. Al-Fatihah buat mangsa yang telah meninggal dunia. Mudah2 an kalian ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman....Amin..


Keadaan tanah runtuh yang berlaku di Rumah Anak Yatim Hulu Langat. (ihsan google)

Salah seorang mangsa yang berjaya dikeluarkan oleh pihak penyelamat. (ihsan google)


Tujuh mangsa tanah runtuh yang meninggal dunia dikebumikan di dalam satu liang lahat di Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding, Hulu Langat. (ihsan google)

Sunday, May 15, 2011

Kenaikan yang diduga!!!!


Seperti yang diduga, harga minyak ron 95 dijangka akan naik tidak lama lagi....So, awal2 lagi kena bersedia untuk isi minyak sebelum berlaku kenaikan...Huhuhuhu...Nak tak nak kena juga menghadapi situasi nie....tak dapat nak elak beb!!! Nasib kita sama la yang pakai ron 97 yang sebelum nie asyik mengalami kenaikan harga...Klu nak boikot, kita nak isi ngan minyak
pe??!!Minyak masak pun mahal....Hahahahaha....